Monday, September 28, 2009

PERHIMPUNAN HARI RAYA



Salam Aidilfitri,Syawal menjelang Ramadhan di tinggalkan .....kesempatan ini saya sekeluarga memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran harap di maafkan...

Gambar keluarga sebelah org rumah di Parit 2 Sg.Manik..........'Kulaan Nering Napa Takurihing'

* Utk mendapatkan gambar yg besar 'KLIK' pada gambar tersebut

Monday, August 31, 2009

KERJAYA AKU

Lama sungguh aku tak update blog aku ni,asyik baca dan komen org nyer jer.Apa pun ini disebabkan kesibukkan aku dgn kerjaya lama perniagaan baru.Walaupun baru bermula 1 Ogos 2009 tapi dgn izin allah gak aku rasa kerjaya kali ini agak berjaya jika di bandingkan dgn sebelum ni......alhamdulillah sampaikan aku dapat jemputan ke Kelantan dan Pahang lepas raya ni.
Mungkin anda tertanya gak apa yg aku buat?,aku tak segan nak katakan aku buat perniagaan Direct Selling.Ramai yg dah maklum dgn perniagaan ni tapi ramai gak yg tak amik port pasal biz ni tak per.......yg penting apa kata P.Ramli selagi boleh bikin duit kita jalan jer...........

* Chlorofil cukup sesuai kepada mereka-mereka yg asyik migrain kerana tak suka makan sayur 1 sudu bersamaan dgn 1 kg sayuran.RM61.50 tahan 2 bulan*

Aku join K-Link International sebuah syarikat berasal dari Malaysia tetapi berkembang ke 50 buah negara.Produk kalau nak cerita banyak tapi cukup berkesan bagi yg dah guna je yg tahu ke berkesanan nya sehingga 15/8 je aku dah buat lebih dari 5k sales insyaallah akan meningkat setiap bulan.....yg syok yer aku sekarang ni banyak masa dirumah dan kerja bil-bila masa nak mula bukanya senang tapi oklah dari duduk saje......antara produk company aku yg aku sales..

merampingkan badan antara yg termurah dipasaran tetapi mendapat sambutan jualan di seluruh dunia K-Link berada di 50 buah negara baju ngan seluar 1 set cuma RM211

produk menurunkan/menyihatkan badan (melengkapkan pengambilan sayuran dan buah-buahan)RM165.50 nantikan kehadiran saya raya ini.............

anak tudung utk yg selalu sakit kepala,gatal2,kerap berpeluh dan berbau semasa memakai tudung RM73.00 2 helai

bagi yg berminat boleh calling2 aku atau tinggalkan tel di bahagian komen nanti anda akan di hubungi......

*UTK MEREKA YG BERMINAT MENJADI USAHAWAN NYATAKAN LOKASI ANDA KERANA BANYAK KAWASAN YG TIDAK TEROKAI LAGI TERUTAMA SEKALI STOKIS*

Wednesday, June 3, 2009

KE KLANG







28/5/09 Hingga 2/6/09 5 Hari aku bercuti bersama bukan semata-mata bercuti tetapi kerana Urusan keluarga dan biz aku.

Bermulalah perjalanan aku ke Klang petang Jumaat 28/5 aku dah berangkat ke sana singgah Teluk Intan jab amik barangan Gamat,singgah kejap di Hutan Melintang sempat gak pasang 1 wireless lepas gak duit minyak kesana,

Malam tu kitaorg tidur di Sabak Bernam rasanya pertama kali mengalami rasa kena ribut kat rumah saudara Ija tu menyeramkan sungguh bumbung rumah macam nak tercabut jer.

Siang tu sempat gak membeli pakaian budak2 kat Sg.Besar.Ptang sampai je di Sementa aktiviti kenduri pun dah mula.

Ini sebahagian foto yang aku sempat rakamkan sebagai seorang amatur yg mana kalau salah tolong tunjukkan..............



Amacam ok tak...............

Malam tu ada gak 2 jurufoto yg pro di jemput dia amik cara dia aku amik cara yg aku suka jer..........




segan gak aku amik gambar tu diorg tak buat cam cara aku.......aku takleh tahan tengok diorang kaku semacam jer amik gambar aku siap baring depan pengantin............huhu

sah mamat tu kutuk aku peduli apa aku kamera aku suka aku ler..................hehe























Anessa cam boring jer layan kenduri ni














Seorang dari generasi awal yang masih bertahan moga sihat selalu

Wednesday, May 6, 2009

07/05/2009 KHAMIS

KHAMIS ini merupakan 1 hari yg pasti diingati kerana Persidangan Dewan Rakyat pertama gamak nyerlah dlm sejarah Dewan dikawal sepenuh oleh Pihak Polis. Ini yang dinamakan Demokerasi emrrr.............betul atau tidak boleh jawab sendirilah.Kepada yg ada akal fikiran yg waras seharusnya tahu apa yg sedang berlaku di Perak ini merupakan 1 penghinanaan kepada sistem Demokrasi terpimpin konon

Anyway aku ceritanya sekarang ni masih lagi tiada pekerjaan yg boleh menjana pendapatan yg tetap buat masa ni.

Projek yg sedang aku buat sekarang ni ialah bersedia nak buat pembenihan skala kecil,peralatan utk pembenihan dah sedia cuma tempat jer belum lagi.

Namun begitu pembenihan lain lak yg jadi lagi. nampak nyer Balqis lebih 'xcited' dahulu utk projek pembenihan ni.........

Sunday, March 29, 2009

CAMANA NAK MULA ERK..................

Ermmmm.....................dah lama tak update blog ni. Banyak komitmen yg sedang aku buat ni tulah pasal.Pada 27 hingga 29/03/2009 aku gi kursus menbuat pembenihan ikan keli marah nyer pasal lah ni ..............mana taknyer tunggu punya tunggu bekalan benih utk 2 kolam lagi kat Taiping tu sampai la ni tak dapat-dapat.

Ini sebahagian dari gambo kursus yg aku hadiri atas tajaan

Pembedahan ringkas Induk Jantan untuk mengeluarkan "Kantung sperma"warna putih panjang tulah benda yg di cari .Ini sebahagian pembedahan dari proses persenyawaan secara manual, kitaorg yg tolong senyawakan.
Yang jantan terpaksa di bedah yg ini baru dikatakan pengorbanan sejati demi anak jatan terpaksa di korbankan.
Yang Betina perutnya di picit secara perlahan lahan utk mengeluarkan telurnya.....
Telur yg sudah disenyawaakan sedang di tuang diatas dulang penetasan....
Proses penetasan mengambil masa 24jam selepas di tuang diatas dulang penetasan peratus penetasan hanya sekitar 80-90%.
Suhu,Kualiti air dan kecekapan semasa menabur telur diatas dulang penetasan memain peranan kejayaan penetasan ini.

Tuesday, March 24, 2009

NO IDEA??????????

Would you like to know if your mobile is original or not ?????

Press the following on your mobile *#06# and the-international mobile equipment identity number appears. Then check the 7th and 8th numbers:

1 2 3 4 5 6 7 th 8 th 9 10 11 12 13 14 15
Phone serial no. x x x x x x ? ? x x x x x x x




IF the Seventh & Eighth digits are 02 or 20 this means your cell phone was assembled in China which is low quality

IF the Seventh & Eighth digits are 08 or 80 this means your cell phone was manufactured in Germany which is fair quality

IF the Seventh & Eighth digits are 01 or 10 this means your cell phone was manufactured in Finland which is very Good

IF the Seventh & Eighth digits are 00 this means your cell phone was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality

IF the Seventh & Eighth digits are 13 this means your cell phone was assembled in Azerbaijan which is very Bad quality and also dangerous for your health
-------------------------------------------------------------
Tak pasti kesahihannya - tak nak percaya pun tak per... nak percaya pun tak per.

Monday, February 23, 2009

Apa-apa saja


Dah hampir 2 minggu tanpa update sibuk ngan projek terbaru...........
Projek ke 2 yg aku sedang jalankan ternakan ikan keli secara kecil kecilan moga menjadi projek yang berdaya maju.
Kerana dah tiada kerja nak buat nilah hasil bancuhan tangan seorang penganggur buat kek cawan secara sambilan dirumah ini adalah percubaan pertama aku amacam ok tak....hehhe
Jurufoto amatur sedang di asuh dari kecil

Monday, February 9, 2009

Photo Perkahwinan Penang 7/2/09

Pengalaman pertama bagi aku mengambil gambo pengantin harapan moga lebih sucsess utk masa hadapan........
Penat gak rupanya bila amik gambo ni, tapi hilang rasa penat tu bila gambo tu menjadi walaupun tak banyak 
Nasib baik gak dapat pengantin yg memang sporting tak kaku masa kita ajak bikin 'pose' istimewa camni aku cuma amik banyak gambo candid buat arahan si Sha..............
2 hari ke P.Pinang nilah sebahagian dari hasil latihan sebagai seorang Jurufoto amatur dengan kamera yg serba kekurangan pun leh menjadi gambo ni hihihi........

Tuesday, February 3, 2009

Public Holiday

Kalau di perhatikan betul-betul gambar ni muka 'Balqis' tengah pandang 'daring' kat Abg dia
Kami singgah di Taman Paya Bakau jap ............diorg lain dah kedepan dah
Lokasi penginapan di Lumut hanya RM105/peek day 85/normal day.Penginapan lengkap TV,Peti Ais,Katil single double dan ber Aircond..........
Aksi sepontan budak-budak ni memang mengelikan hati
Sukan Air ni mesti mengikuti aspek keselamatan juga...............
Sukan Air yang pasti tidak dilepaskan oleh budak-budak ni........
Di tepi pantai, Marine park dekat tempat parking bot...........masing-masing buat hal sendiri aku main snap jer hehehe.......
Abah ngan Mak tengok telatah cucu nasib baik baru 2 family yg datang kalu semua entah ler.....
Singgahan terakhir sebelum sampai kerumah lagi 12km jer dari rumah 'Ulu Kenas"..............banyak tempat perkelahan kat KK ni rugi kalu tak di nikmati.Masuk ni dah kali yang 3 dlm masa 3 bulan aku ngan family singgah kat sini...........
Si Aidil suka sungguh pagi mandi di kolam renang kat Lumut,ptg kami singgah jap kat Ulu Kenas ngan Mak/Abah cari batu "tungku" utk Waida mandi sungai pulak.Cuti kali ni memang puas budak budak tu.

Wednesday, January 21, 2009

EXTRA PHOTO

Kami sempat gak singgah ke beberapa lokasi menarik utk dikongsi bersama disini.Tempat asuhan utk anak-anak penyu sebelum di lepaskan ke laut,macam taman asuhan lak dah....penyu pun kena gi sekolah.
Ada penyu dah besar kat sini.........

Rumah kenangan lama Pengkalan Baru,Remis Perak. Kepada Lina,Didi,Waida dan Kein mesti ingat something tentang rumah ni.......

Sunday, January 18, 2009

18/01/2009 AHAD

Kami bertolak dari KK pukul 6.35pm sepanjang perjalanan hujan lak singgah di Pengkalan Baru P.Remis sembahyang mahgrib.Singgah jap di pekan P.Remis beli 'Otai Burger' cam tak cayalak sepanjang perjalanan aku sembang ngan wife pasal perniagaan org Melayu yg berjaya aleh-aleh tersempak jugak ngan 'Otai Burger'kami sampai ke Chalet Teluk Senangin lebih kurang pukul 9.30pm Mlm check in  cuma bayar RM110 jer dgn 1bed king and 1single,aircond ngan TV oklah budget. 

Aidi ngan Balqis tak sabar bangun pagi nak mandi laut kitaorg sarapan mee maggi jer,nasib baik bawak dapur masak, kalau tidak tak tahulah nak sarapan ape,memang tak ada tempat makan langsung.



Saturday, January 17, 2009

17/01/2009 SABTU



Hari ini budak dah tak sabar nak pergi berkelah habis semua peralatan dikeluarkan.Tak tahu apalak mimpi adik ipar aku datang ke KK apalagi anak-anak aku seronok habis dah tu pulak dia ajak anak-anak gi mandi sungai kat belakang rumah.Apalagi macam 'org gantuk disorongkan bantal lah budak-budak tu.