Wednesday, January 21, 2009

EXTRA PHOTO

Kami sempat gak singgah ke beberapa lokasi menarik utk dikongsi bersama disini.Tempat asuhan utk anak-anak penyu sebelum di lepaskan ke laut,macam taman asuhan lak dah....penyu pun kena gi sekolah.
Ada penyu dah besar kat sini.........

Rumah kenangan lama Pengkalan Baru,Remis Perak. Kepada Lina,Didi,Waida dan Kein mesti ingat something tentang rumah ni.......

Sunday, January 18, 2009

18/01/2009 AHAD

Kami bertolak dari KK pukul 6.35pm sepanjang perjalanan hujan lak singgah di Pengkalan Baru P.Remis sembahyang mahgrib.Singgah jap di pekan P.Remis beli 'Otai Burger' cam tak cayalak sepanjang perjalanan aku sembang ngan wife pasal perniagaan org Melayu yg berjaya aleh-aleh tersempak jugak ngan 'Otai Burger'kami sampai ke Chalet Teluk Senangin lebih kurang pukul 9.30pm Mlm check in  cuma bayar RM110 jer dgn 1bed king and 1single,aircond ngan TV oklah budget. 

Aidi ngan Balqis tak sabar bangun pagi nak mandi laut kitaorg sarapan mee maggi jer,nasib baik bawak dapur masak, kalau tidak tak tahulah nak sarapan ape,memang tak ada tempat makan langsung.



Saturday, January 17, 2009

17/01/2009 SABTU



Hari ini budak dah tak sabar nak pergi berkelah habis semua peralatan dikeluarkan.Tak tahu apalak mimpi adik ipar aku datang ke KK apalagi anak-anak aku seronok habis dah tu pulak dia ajak anak-anak gi mandi sungai kat belakang rumah.Apalagi macam 'org gantuk disorongkan bantal lah budak-budak tu.

Friday, January 16, 2009

16/01/2009 JUMAAT

Lepas sembahyang mahgrib kitaorg planning nak gi berkelah di Teluk Senangin Pantai Remis ahad ni.So malam kitaorg keluar ke KK beli beberapa brg keperluan,sempat gak singgah ke KK amik gambar kat pancuran air kat Jam tengah-tengah  pekan.

16/01/2009 JUMAAT

Just nak kongsi gambar yg aku sempat snap keliling rumah termasuk projek pertanian sampingan aku

.

Sunday, January 11, 2009

11/01/2009 AHAD

Well still facing another boring day, tak leh nak kemana dengan mata yg merah macam zombi.

Aku cuma leh tengok-tengok tanaman kat belakang rumah dan tidur jerlah.
aku cuma leh kutip hasil dari pokok cili padi dgn kacang bendi jelah nampak nyer.itu je pokok yang boleh tahan ngan banjir itu hari.

Ni aku nak tunjukkan 1 lagi Projek Barisan Cili untuk rakyat.Lebih
kurang
cam projek PPRT jerkan.

Kalau ada cadangan yang baik komen-komen lah kat sini.

10/01/2009 SABTU


Dah genap seminggu wife aku kena sakit mata tak baik lagi aku pun nampak menyertai sama,cuma si aidil saja lagi yg tak kena.Aku sampai malas nak bukak PC menyampah tul mata asyik berair jer.
Nipun aku paksakan diri.
Seharian aku ngan family kat rumah jer boring giler nak keluar rumah takut berjangkit lak (memang berjangkit pun) anak2 jer yg keluar main.
Sejak duduk kat KK ni makanan berkhasiat terutama sekali ulam memang banyak keliling rumah.Tahu tahu sajalah belakang ad
a sungai,hutan simpan.Ptg aku sempat mancing dapatlak lagi ikan dari kolam belakang rumah tu.

Petang member sebelah rumah ajak jalan nak tunjuk ada Air terjun kat belakang rumah tu ,memang betul ada cantik tapi jauh kedalam hujung hutan getah aku tak sempat nak capture photo nanti aku nak gi sendiri bawak kamera.

Malam lepas solat aku nyalakan api tepi rumah bakar ikan lak tu yg syok duk kampung ni makan kalau nak berkhasiat memang cukup senang.Dulu duduk kat App mana leh nak nyalakan api cam ni.

Aku buat cadangan kat member sebelah rumah nak ajak buat BBQ diorang setuju gak tapi tak tahu bila mula seronok hidup kat kampung ni cuma tak syok aku tak ada kerja tetap lagi.

Tuesday, January 6, 2009

7/01/2009 SELASA

Persekolahan budak cam biasa cuma hari ni Balqis nagis tak nak ikut pengasuh kerumah,lupalak nak citer Wife aku ni kena sakit mata dpt MC 2 hari.Balqis nagis sal dia tahu mama dia adakat rumah,Dia pandai bagi alasan tak nak ke rumah pengasuh sal dia nak teman mama dia kat rumah.
Dia memang cerdik sungguh,memang tak leh kelentong dia.
Petang kul 3 aku hantar Aidil pertama kali ke Sekolah Agama 
Tengahari tu aku ingat balik pesanan Ustaz Zul suruh jumpa semua Kenalan Abah ngan kawan lama aku, Aku sempat jumpa ngan Azrul abg pad Asrul kat kg pakri
alhamdulillah lama sungguh tak jumpa tak sangka sungguh macam-macam pengalaman yg sahabat aku ni dapat dari seorang jutawan boleh jatuh dan bangun semula.

5/01/2009 ISNIN



Aidil ngan Balqis dah tak sabar-sabar gi sekolah.Balqis bad mood pasal kejutkan dia lambat.
Aidil masuk kelas cam biasa jer.

Balqis aku kena hantar dan tunggu jap sal ada mesyuarat permuafakatan diadakan utk membincangkan perkara yg melibatkan pembayaran.

Tak pasal-pasal aku kena jadi Pengerusi utk ibubapa utk Pra sekolah ni.
ni kalau ada sapa-sapa boleh bagi idea apa aku nak buat boleh komen cikit.

Kos pembayaran utk Pra ni masyallah cam tak caya jer kalu kat klang sana utk masukkan aidil kat sana dulu sampai cecag RM800 kat sini cuma perlu bayar RM74.50 jauh giler.

Kos utk aidil lak aku cuma kena baray RM41.50jer 
nampak nyer banyak hikmat nyer duk kat kampung ni 

Sunday, January 4, 2009

4/01/2009 AHAD


Tiada yang menarik hari ni nak di buat, kerana hujan renyai ingat nak buat aktiviti luarpun terbantut.
Cuma buat persiapan utk anak gi sekolah esok je lipat kain,sterika baju itu je.

Malam kita org semua gi masjid dengan ceramah, yang menarik Ustaz yg mengajar tu pulak ustaz yg mengajar aku masa di Idrisiah dia bagi nasihat jumpa semua sahabat-sahabat abah ngan semua kawan lama coz dia kata mungkin itu cara yg boleh bantu aku yg tak kerja ni.

Ceramah malam tadi kena amalkan 7 ayat dalam 7 keadaan allah akan ampun kan dosa kita sebanyak buih di lautan.
1.Bissmillah - memulakan pekerjaan
2.Alhamdulillah - bersyukur dgn setiap pemberian/kebaikan 
3.Insyaallah - berjanji/ 
4.Astagfirullah halazim - istigfar jika melalukan sesuatu yg sia-sia
5.Lahaulawala - ketika menghadapi kesukaran
6.Inalillahiwainailaihirajiun - ketika mendapat musibah
7.Laila haillalah - bacalah sebanyak mungkin siang atau malam.

Saturday, January 3, 2009

3/01/2009 SABTU


Hari ni wife aku keja 1/2 day cadang dia balik kami nak gi some place, tak sempat kul 10am hujan mula turun sampai kepetang habis semua rancangan.

Duduk kat rumah jelah layan biji mata tidur,tengok tv,tidur,tengok tv itu jelah boleh buat.Aku sempat gak layan mancing belakang rumah tapi 'hampeh' air laju sangat.

Petang kul 6 buat 1 lagi perancangan baru nak keluar gak tak kira hujan ke tidak dah tak peduli.

Kami sekeluarga keluar jalan-jalan kat KK sambil pasang niat nak gi melawat Masjid Ubudiah depan sekolah lama aku.

Gamaknya pasal niat tu baik nak tengok Masjid dan terus sembahyang kat sana cuaca yang asyik mendung tu terus tak hujan,sempat ambil beberapa gambar masjid dgn sekolah lama aku.

Lepas sembayang Maghrib ingat nak balik pasal perut pun lapar,sekali imam buat pengumuman nak buat bacaan Yassin atas permintaan 1 hamba allah ada saudara nya kat 'Tanah Suci' yg sedang sakit .

Aku batalkan niat nak balik makan sama-sama baca yassin,gamaknya tuhan memang nak uji keikhlasan kita perut yang lapar tadi rasa kenyang lak pas baca tu pulak sementara tunggu Isyak diorang bagi Bihun sorang sebungkuslak, allhamdullillah 1 family dapat makan free.

Lepas sembayang isyak masa nak balik pak bilal siap bagi lagi 2 bungkus nampak nya itulah rezeki kalau kita niat buat baik tuhan dah balas sekejap je.

So lain kali kami akan buat trip lagi ke mana-mana masjid saja nak rasa suasana masjid yang berbeza katakan.............

Friday, January 2, 2009

2/01/2009 JUMAAT


2/01/2009 JUMAAT

Buka je pintu belakang rumah nampaklah kesan limpahan air sungai malam tadi.

Tak tahulah apa nasib tanaman aku ngan bini kat blkg tu selamat hidup ker? kita tunggu 2-3 hari lagi baru tahu tapi yg pasti malam tadi memang tengelam habis.

Pagi ni kena bersiap pasal nak daftar Balqis ke pra dah besar pun dia tak sabar sabar nak gi sekolah kata nya,tanya naper nak gi sekolah dia cakap dia nak jadi Angkasawan tapi bila dengar dia cakap bunyinya dah jadi "Angkat Cawan"  harap-harap masin mulut dia.

10am taklimat kepada Ibubapa berkenaan kelas pra sekolah 
yang umur sebaya balqis ada kut 13 org yang datang cuma 10 org je

Petang hujan lagi..... boring + ngan cuak pasal takut jadi macam malam tadi 
Mulai dari hari semalam aku dah mula cuak kalau hujan turun rasa cam tak nak keluar rumah jer

1/01/2009 KHAMIS


1/01/2009 KHAMIS
Balik rumah lepas sembahyang maghrib ngan isyak ngan family kat masjid ingatkan nak tidur dlm kul 11.15pm member sebelah ketuk,bagi tahu longkang belakang rumah lagi selangkah lagi akan dinaiki banjir.

Pertama kali dalam hidup ini rumah yg aku duduki hampir nak banjir, itulah pengalaman pertama sekali aku rasa macamana perasaan yg mungkin di rasa oleh org yg rumah nak dinaiki air banjir.

Kelam-kabut rasanya habis semua barang kena naik atas kerusi, sambil tu sempat lak call rumah pengasuh anak 'sal husband dia jaga pintu air' tanya dah bukak pintu air besar lum?saja tanya ilah gunanya cable dlm masa-masa cam ni.

Allhamdulillah tak sampai 1/2 jam air turun

Rasa cam nak pindah je tapi pasal semangat kejiranan,persekitaran kena bersabar dan amik risiko jer.